Segala puji bagi Allah yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana. Apa khabar semua? Semoga sahabat semua dilimpahkan rahmat serta segala jenis kebaikan dan kesihatan. :-)
![]() |
| Gambar Hiasan |
Tajuk kali ini ialah Persaudaraan Universal atau dalam bahasa Inggerisnya "Universal Brotherhood". Kita secara umumnya sudah maklum bahawa negara kita Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri dari pada berbilang bangsa. Malahan terdapat ratusan jenis bangsa yang pelbagai di seantero pelusuk dunia waqafan ini.
Aku yakin dan aku pasti sahabat-sahabat juga bersetuju bahawa Maha Suci Allah daripada melakukan perkara yang sia-sia. Tetapi, pernahkah kita terfikir bahawa apakah kaedah atau formula yang Allah didik kita untuk hidup dalam keadaan harmoni dengan menerima segala perbezaan ini?
![]() |
| Gambar Hiasan |
Persaudaraan yang sama darah daging adakah titik nokhtah sebuah 'persaudaraan'?
Atau adakah persamaan bangsa merupakan lambang kepada sebuah persaudaraan?
Atau adakah persamaan warna kulit membuatkan manusia berasa 'sama' dan bersaudara?
Atau persamaan agama itu sebuah persaudaraan?
Atau bagaimana?
Surah al-Hujurat ayat ke 13:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Allah itu Maha Bijak, oleh itu Allah telah mencipta FORMULA bagi kita sebagai hamba-Nya yang lemah ini untuk hidup dalam keadaan yang harmoni, saling bergantungan dan bantu membantu demi mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.. Rahsianya sebenarnya ialah :
JANGAN MEMBUNUH!
![]() |
| Gambar Hiasan |
![]() |
| Gambar Hiasan |
Hal ini juga merupakan keseimbangan ekonomi yang telah Allah 'azza wajalla mendidik kita. Bayangkan jika semua manusia menunaikan zakat dan sentiasa bersedekah dan beramal jariah, PASTINYA tiada yang mati kebuluran. Setuju? Zakat juga merupakan tuntutan utama dalam Islam di mana ia juga merupakan RUKUN ISLAM kelima yang wajib dilaksanakan! Aku pasti sahabat semua sudah maklum tentang betapa tingginya martabat orang suka bersedakah bukan? Allah menyediakan pelbagai kelebihan bagi hamba-Nya yang bersedakah apatah lagi yang GEMAR BERSEDEKAH!
KASIHI DAN HORMATI JIRAN
Haa... untuk yang ini aku pasti kita sering terlepas pandang. Aku rasa tidak usahlah aku terangkan panjang lebar apa itu yang dikatakan 'jiran'. Allah itu Maha Pengasih, Dia juga mahukan hamba-Nya sentiasa mengasihi antara satu sama lain. Baiknya Allah! :-) Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim) Jelas bukan?
JANGAN MENGUMPAT!
Aku pasti ramai dalam kalangan sahabat melihat perkara ini merupakan sesuatu yang boleh dikatakan berada di mana-mana sahaja. Malangnya, terdapat juga dalam kalangan kenalan yang terdekat. Aku melihat manusia-manusia yang gemar berbicara dan mencela saudara mereka sendiri di luar pengetahuan mereka. Allah itu Maha Mengetahui, Allah tahu jika perkara ini sering menjadi kebiasaan, pastinya tali persaudaraan itu HANCUR! Semak surah al-Hujurat ayat 11 hingga 12 :
![]() |
| Gamabar Hiasan |
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (al-Hujurat:11)
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat:12)
Jadi? Agak-agak, berani tak kalau nak mengumpat? BERANI?? sepatutnya kita terasa terhina jika kita melakukan hal ini. Tapi aku tahu sahabat aku semuanya baik-baik, soleh-soleh, solehah-solehah. kan? kan? :-)
SOLAT BERJEMAAH
![]() |
| Gambar Hiasan |
Allah bijak mendidik kita untuk solat bersama-sama. Sahabat semua sudah tahu bagaimana tatacara untuk solat berjemaah? Mudah dan 'kacang' jer.. Mula-mula pastikan sahabat semua berada dalam keadaan yang 'hensem' dan bersedia di dalam saf selepas iqamah dilaungkan. Berdiri rapat-rapat dengan jemaah yang lain, pastikan bahu bertemu bahu, selarikan tumit (ala.. macam yang imam cakap sebelum start solat tu). nak lagi best, senyum yang paling 'hensem' untuk orang sebelah kanan dan kiri. Haa... mudah kan?? Allah itu Maha Bijaksana, buktinya dalam solat berjemaah kita bersama-sama, rapat-rapat tidak mengira bangsa, kaum, jenis kereta yang dimiliki, jumlah gaji, fesyen rambut, warna kulit, dan banyak lagi. Hal ini mendidik kita sebagai manusia untuk berasa satu dan sentiasa menerima antara satu sama lain. Best tak? beesssttttt... :-)
HAJI
Ibadah haji merupakan ibadah yang aku sangat nanti-nantikan. Ya Allah, alangkah indahnya andai dapat kujejakkan kaki ke tanah suci-Mu. Sahabat, dalam haji juga mampu memupuk tali persaudaraan sesama kita dari SELURUH dunia! Antaranya :
![]() |
| Gambar Hiasan |
- Dapat mengenali jemaah yang lain yang datangnya dari daerah, negeri dan juga negara yang lain.
- Kesemuanya kelihatan sama ketika berihram. Tidak kira bangsa, kaya atau miskin. Mereka tetap kelihatan sama. Kita juga tidak akan perasan jika yang berada di sebelah kita itu ialah seorang usahawan yang berjaya dan kita juga tidak akan terlintas bahawa disebelah kita itu adalah seorang miskin sekalipun.
Oleh itu, saya berasa sangat bahagia kerana kita sebenarnya mampu untuk mengukuhkan pertalian persaudaraan sesama kita dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Formula yang aku karang di atas merupakan sedutan nota-nota yang aku catat sewaktu aku menghadiri sebuah program pidato yang disampaikan oleh Dr. Zakir Naik seorang tokoh dakwah yang sangat hebat bagiku.
Sebenarnya, lebih banyak lagi didikan yang Allah telah tunjukkan kepada kita. Kita akan nampak segalanya jika kita berfikir dan dahagakan ilmu pengetahuan. Aku sangat bahagia bersama sahabat semua, dan kita sangat bahagia dengan cinta milik Allah yang Maha Pengasih.
Semoga sahabat-sahabat dikurniakan kebaikan yang banyak. Assalamualaikum saudaraku!


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment