Salam Ukhwah buat semua!
Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.. Insya Allah!
Kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips yang sangat menarik dan sangat bermanfaat buat sahabat-sahabat semua...
Sememangnya kita sebagai HAMBA kepada ALLAH SWT selalu menginginkan kasih sayang serta cinta dari-Nya... Alhamdulillah, dengan izin Allah, telah saya kumpulkan beberapa tips yang boleh kita sama-sama usahakan...
Demi Allah, lakukanlah sebaik mungkin bagi mendapat keredhaan Allah SWT terhadap kita...
![]() |
| Gambar hiasan |
PERTAMA, membaca Al Qur’an dengan merenungi dan memahami maknanya. Hal ini boleh dilakukan sebagaimana seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. [Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)
KEDUA, mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib. Dengan inilah seseorang akan mencapai tingkat yang lebih mulia iaitu menjadi orang yang mendapatkan kecintaan Allah dan bukan hanya sekedar menjadi seorang pecinta.
![]() |
| Gambar hiasan |
KETIGA, terus-menerus mengingat Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya. Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan dzikir kepada-Nya.
KEEMPAT, lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya. Begitu pula dia selalu ingin meningkatkan kecintaan kepada-Nya, walaupun harus menempuh berbagai kesulitan.
KELIMA, merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah. Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh kerana itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).
KEENAM, memperhatikan kebaikan, nikmat dan kurniaan Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat zahir mahupun batin. Inilah faktor yang mendorong untuk mencintai-Nya.
KETUJUH, -inilah yang begitu istimewa- yaitu menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya.
![]() |
| Gambar hiasan |
KELAPAN, menyendiri dengan Allah di saat sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an). Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.
KESEMBILAN, duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para shidiqin. Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahwa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.
KESEPULUH, menjauhi segala sebab yang dapat menghalangi antara dirinya dan Allah Ta’ala.
Semoga kita semua dapat menikmati manisnya iman... InsyaAllah..
:-)



ada satu soalan sebolehnye jawablah A.S.A.P ,,,,ish lup nk beri salam,,,assalamualaikum,,,ouk,,sesungguhnya setiap manusia boleh berubah tapi bagaimana seorg muslim itu boleh mengekalkan perubahan yg positif dlm dirinya???,,lagi satu soalan boleh,,,bagaimana kita hendak bertaubat dengan seikhlasnya?????
ReplyDeleteDengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
ReplyDeleteInsyaAllah, dengan Ilmu yg sya ada.. sya akn cuba menjawab persoalan saudara/saudari itu.
Pertama:
Saudari, hidayah itu milik Allah.. Dan sesungguhnya Allah telah mengurniakan kita hidayah serta petunjuk utk kita kembali pada jalan yang benar iaitu ISLAM yang sebenar.. di sini saya ingin mengaitkan dengan potongan ayat daripada surah al-Insan ayat ke 2 hingga 3 yg bermaksud "Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.(Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)."
kedua :
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani, jadi saudari perlulah betul2 menyesali segala kemungkaran yang telah saudari lakukan dahulu dan bertekad utk tidak mengulanginya lagi.. Saudari bolehlah belajar utk bersolat sunat taubat.. dan sentiasan mengamalkan solat fardhu.. Basahkan bibir dengan zikir dan memngingati Allah... Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita.. tahniah pada saudari kerana telah menanam azam utk mendekati Allah...
Akhir kata,
Semoga Allah sentiasa mengurniakan rahmat dan hidayah yang berpanjangan terhadapmu, jadilah insan yang berjaya di dunia dan akhirat... Harap saya telah menjawap persoalan saudari... Wallahu'alam.. :-)